Resepi Kek Coklat
Bahan-bahan ( 18 cm )
- * 150g coklat
- * 50g mentega
- * 50cc susu segar
- 3 biji telur
- 50g tepung
- 10g serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 40g gula aising
- Secubit garam
Cara-cara
-
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
-
Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
-
Panaskan oven ke 140 degree
-
Asingkan telur kuning dan putih.
-
Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga
berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi
sehingga telur gebu
-
Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi
macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi
sehingga sebati.
-
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
-
Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
-
Bakar selama 45 minit.
-
Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan
aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
-
Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising
No comments:
Post a Comment